Entri – 10
Aku baru habis
kelas, baru lepas habis kemas makmal sebelum aku keluar. Masa rehat dah masuk.
Masa rehat pun, bukan aku makan. Aku buat hal aku je.
Betul – betul
aku nak keluar makmal, ada tiga orang student perempuan tahan aku. Aku kenal
dorang, sama kelas dengan Irfan. Dorang datang mengadu yang dorang tak faham
beberapa bab maths. Sebelum ni, banyak kali jugak aku pesan dalam kelas, awak
kalau tak faham apa – apa subjek, lagi – lagi subjek sains, datang je jumpa
saya. Saya boleh tolong mana mampu.
Tapi aku faham,
benda ni berkait dengan trust jugak. Dulu aku sendiri pun, kalau cikgu ganti,
aku biasa percaya tak percaya je. Most of them pun, memang tak bagi impak pada
hidup aku as a student. Dorang pergi, aku pun dah lupa. Aku selalu ingatkan
diri sendiri, aku ni cikgu ganti je tapi itu aku tak benarkan fakta tu sekat
aku daripada tolong dorang sehabis baik. Mungkin ada cikgu cakap, relaks lah,
kalut apa, tapi aku tak peduli, aku tahu apa aku nak, aku tahu aku tengah buat
apa dan aku tahu kemampuan these youngsters and I’m going to make them realise, dorang boleh pergi jauh sebenarnya.
Aku selalu pesan, datang lah jumpa aku kalau ada apa – apa, dari awal, and masa dorang muncul tu,
aku ada lagi 3 minggu sebelum aku habis kat situ. Aku tanya dorang,
“Alaa, kenapa
lambat datang jumpa saya, mesti tak percayakan Miss kan?”
Lama jugak nak tunggu dorang nak sampaikan hasrat di hati. Sorang duk tolak yang sebelah, yang sebelah tolak yang tepi. Entah berapa lama lah dorang decide nak datang jumpa aku 😂
Dorang senyum –
senyum malu.
“Kitaorang tak
tahu Miss baik sebenarnya.”
“Saya nampak
garang sangat ke? Alaaa.”
Dorang iyakan.
Aku pun dah penat dengar orang cakap aku garang, aku tahu je, mungkin sebab
muka tegak aku. Kadang aku imagine aku senyum, aku rela buat muka serius
hshshshsh.
“Takpe lah,
inshaaAllah sempat lagi ni, jom lah datang bilik guru, saya cuba ajar mana
sempat.”
Kalau nak jujur,
memang aku macam terkilan sebab kalau dorang datang awal jumpa aku, dah banyak
bab aku boleh cover, one to one dengan dorang. One to one session ni undeniably
lagi effective sebab dorang pun tak malu nak bertanya, aku pun boleh fokus
sepenuhnya kat dorang. Tapi tu pun aku dah bersyukur sangat dorang datang jumpa
aku sendiri tanpa siapa – siapa paksa.
Weekend tu, aku
buat kelas tambahan. Untuk perempuan kelas peperiksaan yang aku ajar, boleh
tahan ramai jugak yang datang, aku pun tak expect.
Bercakap pasal
belajar, dia berbalik pada kemampuan. Mengajar kat sekolah harian biasa ni,
mata aku lagi terbuka dengan keadaan pelaajar sekarang dan kekangan yang dorang
hadap. Dengan silibus yang makin tinggi, entah apa yang nak dikejar. Silibus
tinggi ni mungkin seronok untuk sesetengah orang yang memang laju, tapi ada ke
fikir untuk mereka yang kemampuannya berbeza? Benda basic pun masih tercungap –
cungap, lepas tu nak kena catch up dengan benda yang jauh lagi susah? Aku ingat
lagi bila tengok silibus tingkatan 1, bab agak belakang, itu silibus yang aku
belajar masa diploma perikanan. Mind – blowing. Aku faham kita nak hasilkan
pelajar – pelajar yang kritis, tapi rasanya, boleh perincikan lagi slilibus dan
nilai kemampuan pelajar secara keseluruhan, bukan hanya fokus pada sesetengah
target. Takde pelajar yang sepatutnya rasa tersisih atau ketinggalan. Ini bukan
hal aku pandang rendah pada sesetengah pelajar, tapi kita kena ambil kira
banyak aspek, bukan hanya pada keputusan pada kertas peperiksaan, tapi pelajar
tu sendiri secara holistik.
Aku teringat conversation aku dengan this one female student. Aku cuba terangkan dia jalan kira
matematik.
“Awak pindahkan
macam ni, ke sini, bla bla bla….”
Aku nampak dia
keliru, tapi dia sedayanya nak cuba faham. Boleh nampak dia macam kecewa dengan
diri sendiri.
Aku senyum dan
tanya sebaiknya, “Faham tak?”
Itu kali ketiga
aku terangkan, dan setiapnya dengan cara yang lain. Ada antara kita mungkin
fikir, takkan benda ni pun payah nak faham? Dah berapa kali terang pun tak
faham? Kefahaman dan kemampuan setiap daripada kita untuk proses satu – satu
maklumat sangat lah berbeza dan aku selalu fikir tak wajar untuk kita cakap
dengan nada merendah – rendahkan. Kefahaman itu milk Tuhan dan kalau kita mudah
faham, itu rezeki dan bukan tiket untuk kita pandang rendah pada orang lain.
“Takpe, jangan
risau okay, miss cuba terang sampai awak faham. Awak boleh ni.”
Tak silap aku,
kali kelima aku terangkan baru dia faham. Takde benda yang lebih melegakan
daripada student kau faham apa yang kau ajar.
Hilang kelam
muka dia lepas dapat faham, panjang je tarik senyum. Selega – lega dia, lega
dan bersyukur lagi aku.
Dia lah student
yang buatkan aku choc cake masa hari last aku kat sekolah tu, and sangat sedap
okay. Aku kalau coklat ni tak berapa minat dan picky
sikit, tapi dia buat memang sedap, hands down.
No comments:
Post a Comment