Friday, February 24, 2023

Mak II

Aku ada menulis perihal mak tiga tahun lepas dan ada sedikit penambahan yang dibuat, tapi tak pula aku tambah pada tulisan asal. Dan aku fikir, tak salah kalau ditulis di sini, sebahagiannya, sebab kalau difikir balik apa yang aku nak dalam setiap penulisan kerdil aku, untuk aku tebarkan mereka, merata, simbolik dengan cebisan-cebisan kecil diri yang ditinggalkan pada setiap tempat, mereka, yang pernah menjadi persinggahan, dalam masa lalu. 


.

Aku masuk bilik mak, tersenyum-senyum, dada berombak dengan harapan, penuh dengan keterujaan. Aku tanya boleh tak malam tu aku nak tidur dengan dia. Ditolaknya kemahuan aku mentah-mentah, dengan jawapan, kau dah terlalu besar.


Aku menapak balik ke bilik sendiri, dada terasa sempit, dihempap rasa kecewa yang besar dan berat. Mata dah berair. Masatu aku sekolah rendah lagi.


Sambil aku baring diselimuti kesedihan, tiba-tiba terdengar suara mak panggil aku ke bilik. Aku menapak perlahan, bertanya kenapa. Mak tukar fikiran. Mak cakap, haa marilah kalau nak tidur sini pun. 


Aku baring dan peluk mak dari belakang. Seronoknya cuma Tuhan yang faham. Aku benam muka pada belakang mak, dan aku hirup bau mak sedalamnya, memenuhi lautan rasa. Sekejap je lepastu aku dah lena. Siap dengan senyuman yang panjang. 


Mak tak sempurna tapi mak selalu mencuba, dan itu sudah cukup untuk membuatkan mak sempurna. Sebab mak pun manusia, macam kita. Untuk menuntut kesempurnaan hanya kerana dia mak, aku kira adalah tidak wajar. 


Mak sempurna dalam caranya. 



No comments:

Post a Comment

Motherly

I saw how Tokde looked at Abang Ipin and it just broke me. The motherly look yang mixed with emotions yang aku selalu nampak, dari setiap pe...