Wednesday, June 24, 2026

Refleksi Arafah

Di belakangnya ada ingatan tentang persoalan sendiri akan ayat terakhir surah al – Muzammil. Bagaimana mungkin I have anything to lend to Him, dalam keadaan penuh hina dan tidak berdaya begini. Tapi bila difikirkan lagi, kita yang memerlukan dalam pemberian tersebut, kepada Dia, kerana Dia Tuhan yang Maha Kaya, yang Maha Berdiri Sendiri. Itu yang pertamanya, yang kedua, pengajaran Arafah kali ini lebih besar untuk diri sendiri, tentang keterikatan hati, pada siapa sebenarnya kita bergantung harap, dalam separa sedar atau seluruhnya, dan persoalan itu it brings me back to the strong attachment I had towards my pills, her, her and her. 

Selayaknya Tuhan tarik semula, semuanya, satu persatu, kemudian terus rasa ditinggalkan terkapai – kapai dalam ketidakmampuan diri sendiri. Betapa angkuhnya diri dalam merasa sendiri. Terang – terang kita masih ada Tuhan. Tapi pergantungan kepada-Nya itu sepertinya rapuh. Diuji bertubi – tubi sampai sesak dalam nafas sendiri. Sampailah I came to this one conversation, in her room, bertanyakan rahsia dia mampu kelihatan tenang, walaupun dalam ribut kesibukan seharian. Dan dijawab dengan senyum penuh tenang, cari Tuhan Aini. Bangun solat malam. That something I was expecting coming out of her mouth, because the light she’s executing, it’s not something you will find in just anyone. 


Dan itulah hadiah yang ditinggalkan Ramadan kepada saya, itulah pengubat rindu saya pada Ramadan, yang sebenarnya hadiah daripada Tuhan. Ketenangan yang perlu sentiasa diusahakan. Cuma bila disebut oleh seorang yang dihormati, rasa macam satu sentakan untuk menghargai hadiah tersebut dengan lebih serius, kerana sebelum ini, rasa sayang untuk dilepaskan kerana merasakan, cuma itu yang mengikat kerinduan pada Ramadan. Pengikat kerinduan yang enggan dilepaskan. Tapi fokusnya telah diperbetulkan, bukan kepada pemberian – Nya, tetapi kepada Pemberinya. 


Dengan Dia, nothing feels transactional, He gives me the depth that I always crave, even more, dalam bahasa dan makna yang masih saya mampu terjemah, dan itu juga saya mahu pandang sebagai rezeki. Sebegini hancur, tapi dididik saya masih dengan penuh kelembutan, walaupun dalam keadaan diri yang serasa semakin hancur, Dia tetap setia mengajarkan bahasa harapan, lewat lembaran – lembaran al – Quran, dalam tafsir surah al – Muzammil dan al – Mudassir.


 Dalam saya yang sudah hilang kata dalam seluruh perasaan yang bercampur baur begini pun, datang kepadanya membawa diri penuh compang, He never once made me feel so reductive, dalam segala apa jenis kesedihan dan bahasa hancur sekali pun, tidak pernah, unlike how it always is with other human beings. Seluruh kesedihan diangkat penuh, and nothing I felt ever feel reduced in front of Him. Sentiasa rasa disambut penuh, walau dalam penuh hancur. Mungkin kalau manusia lain boleh nampak, seberapa halus serpihan derai diri ini, mereka mungkin hanya mampu memandang. Dengan simpati pun mungkin tidak. Jadi cukuplah keterikatan dan rayuan pada Tuhan saja, kerana Dia saja yang mampu memahami kita secara penuh, dan hanya dengannya kita mampu rasa difahami tanpa perlu ada yang ditahan atau yang tertahan. 


Namun, dalam merasa hancur sebegini pun, saya masih berkehendak. Jujur merasa tidak layak tapi kemahuan hati yang meronta – ronta, diajukan juga pada Tuhan dalam merasa penuh rendah. Dalam hancur begini, Aini masih mahu menimang zuriat sendiri, walaupun merasa tidak mungkin ada lelaki yang mahu memandang. Tapi jujurnya, jujur sendiri masih belum cukup jujur. Ajarkan Aini ya Rahman, persiapkanlah Aini, walaupun Aini dalam penuh hancur dan tidak berharapan begini. 


Hadiah Tuhan melalui Ramadan, melalui al – Muzammil, semoga hati kita akan terus dipegang Tuhan, dalam penuh kerendahan, bukan dalam angkuh walaupun dalam merasa sendiri. 


26 Mei 2026


Whoever owns your heart, owns you, and the One who made your heart refuses that you share it with anyone else.


"I am the least in need of any partner. So whoever does a deed seeking Me and someone else, I leave him to that someone else." –Hadith Qudsi, Sahih Muslim 5300

Refleksi Arafah

Di belakangnya ada ingatan tentang persoalan sendiri akan ayat terakhir surah al – Muzammil. Bagaimana mungkin I have anything to lend to Hi...