Tuesday, May 18, 2021

Entri-1 [Hari Pertama]

 Entri-1.

I remember saying this to myself on the first day of working as a substitute teacher at this one high school,

“Aini, let’s just do this for money. Remember, more money, more books. And please, do not get attached to anyone here.”

No, I’m not going to write the whole entries in English, whenever it suits.

So, long story short, aku ajar Science form 1 and form 3. Aku pegang 4 kelas, 2 kelas form 1, paling depan and paling hujung and 2 kelas form 3. Awal tu, bila dorang assigned kelas form 3, terfikir jugak, betul ke dorang nak bagi aku jaga kelas exam ni. Dah lah masa tu lagi 3 bulan setengah gitu nak PT3. Tapi aku macam, okay je lah, boleh kot, takkan nak cakap banyak pulak kan.

Aku dapat tempat yang agak tersorok dan sangatlah bersyukur so that tak payahlah rasa serba – salah kalau tak tahu nak sembang apa. Tempat duduk tu memang betul – betul membelakangi kantin, so kalau aku pusing kerusi, boleh nampaklah students makan kat meja tu.

Haritu hari Khamis. Kebetulan semua kelas ada. Serius cuak, tapi cakap kat diri sendiri, redah je lah Aini, nak layan cuak tu bukan bawak ke mana pun. Terus bawak buku teks form 3, phone and pencil case pergi kelas 3 Canggih. Aku cakap awal – awal, kalau bab introduction, aku memang jammed. Tak kisahlah in starting conversations ke, in writing.

So, masuk je kelas tu, dorang bangun bagi salam and baca doa, then duduk. Pastu semua terdiam sekejap. Aku dah macam, “apa the best way nak start eh? Weh, tak boleh, tak boleh, kau kena cepat Aini, kau in control ni”, sambil belek buku teks cari bab electricity. Sempatlah skimmed through dalam bilik guru tadi kejap before masuk kelas. Takde perkenalkan diri apa semua, terus ja aku cerita pasal kilat. Masatu, suara aku macam tenggelam timbul je kat telinga sendiri, aku rasa macam di awan – awangan pun ya. Yang pasti sejuk satu badan dah masatu. Aku cuba elak eye contact tapi entah macam mana terpandang this one male student yang ekspresi muka dia confused and nampak obviously, suspiciously judging. Agak tegang jugak lah muka dia, masatu aku dah rasa down sikit plus. Tapi memang tak nampak rentak lagi lah masatu.  

Expression macam tu tak pelik lah dah kalau kau masuk –masuk kelas terus bagitahu harini kita akan masuk tajuk electricity. Tak perkenalkan diri, apa pun tak. Undeniably a bad start, duh.

Dah habis tiga-tiga kelas, aku balik bilik guru, duduk diam kat meja sendiri sambil termenung, reflect teaching method aku. Ni kalau cikgu betul tengok first day aku, confirm geleng kepala.

Balik rumah, aku demam 2 hari. Demam terkejut lah kot.  

 

No comments:

Post a Comment

Motherly

I saw how Tokde looked at Abang Ipin and it just broke me. The motherly look yang mixed with emotions yang aku selalu nampak, dari setiap pe...