Pages

Saturday, October 23, 2021

Roti Canai

Oh hi again!

Ingatkan malam ni nak publish satu post je, end up I on balik laptop, tulis lagi. Bukan selalu mood nak menulis ni datang hehe. So out of disappointment, I nak tulis pasal roti canai sedap harini.

I tahu disappointment and sedap do not belong to each other, I disappointed sebab Bila dorang balik, dorang tapaukan banyaak roti canai tapi roti bom I langsung tak dapat dikesan. Bayangkan the disappointment tu! I tak ikut my family pergi tadi lepas isyak, I mintak dorang bungkuskan roti bom je dua.

Dua tiga kali jugak lah I belek semua roti canai tu, sebab roti bom senang nak cam, saiz dia lagi kecil dari roti-roti lain and bau dia fragrant sebab ada planta and ada gula. So rasa manis berlemak and wangi dia tu. Lagi-lagi kalau makan panas-panas! Urghh sedapnya roti bom!!



Yangni gambar masa makan haritu. 

Nama kedai dia Kedai Apih Roti Canai & Murtabak. Kalau dari Kuala Terengganu ke Setiu, memang lalu kedai dia. Kalau u google nama kedai dia, nanti jumpa. Specialnya roti dia sebab lembut and boleh rasa lain daripada roti canai lain. Makan panas-panas lagi lah rasa sedap dia. Pasal roti dia, bukan I je cakap, memang my whole family noticed benda ni and bila ayah I pun cakap benda sama, so memang betul. Sebab ayah I memang picky bab makanan.

Kalau dipping dia, kari dia in my opinion, rasa masam tu quite dominant. Mungkin boleh improve lagi. Sebab I rasa haritu and tadi makan, memang still sama. Kuah dalca dia okay lah. Tak tahu cane nak cakap sebab memang tak minat kuah dalca sebab I rasa macam pelik kalau dipping tu manis. Tapi i nampak kat TikTok ke kat Twitter haritu, dorang cakap kalau campur kuah dalca and kuah kari sekali, lagi sedap. I tak pernah cuba lagi, so tak tahu. Maybe nanti boleh cuba.


Kalau tak nak menunggu, masa otw tu dah boleh call untuk order, so takdelah nanti tunggu lama. Tapi kalau okay je nak tunggu sebab suka makan masa betul-betul panas, pun okay je. 

Tapi I perasan nombor kat banner ni lain dengan kat google, so not sure. 

Kedai dia I perasan, orang boleh tahan ramai, tapi takde lah sampai takde tempat duduk. Tapi satu benda I perasan, masing-masing takeaway, fuhhh banyak do. Lebih daripada lima sorang. I tak judge those people makan banyak ke apa, sebab I sendiri pun big eater, tapi that actually shows something. Tadi balik, kakak I pun bagitahu I benda sama. Banyak potensi ya kedai roti canai ni.





Tibahh panjang pulak cerita, ni tak campur nak cerita pasal kes I makan roti canai kat gong badak dulu.

Satu pagi tu, I dengan dua orang kawan I pergi jogging kat pantai UMT, pastu lapar teruk, then singgahlah kedai roti canai kat roundabout UniSZA. Haa gitu siap mention kat mana kedai tu, nampak kan masih bitter. Yang nak cakap, apalah lepas jogging makan roti canai. Haa tak kisahlah, masatu bukan setakat hungry, memang starving. I sebut sekali lagi, I memang big eater. I jenis suka tangguh makan, tapi sekali I makan, haa siap. Tak orang luar, family I pun selalu geleng kepala dengan kuantiti makanan I. so kisahnya I order roti sardine and roti telur. Then bila nak bayar, pak cik cashier tu dia pandang I atas bawah, then cakap dengan nada disbelief yang nak tergelak,

“Makan tak padan dengan tuan.”

Pulak tu I, memang jenis lambat pick up and proses kalau orang cakap apa apa dekat I. Lagi-lagi benda buruk. Dia nak cakap badan I tak besar, tapi makan banyak. Pastu dari masuk kereta sampai lah malam tu ayat pak cik tu terngiang-ngiang dekat telinga I. Then I rasa terhina dan rendah diri tau. And perasaan tu stayed with me for some days.

I memang takkan jejak dah situ, and roti sardine dia tak sedap pun.

One of the reasons I tak suka makan dengan orang, sebab dorang tend to judge my portion of food. Benda ni nampak simple ja, tapi entahlah, it gives me the taste of discomfort. And I tak suka, lagi-lagi waktu makan ialah waktu I nak berfikir dengan tenang, layan my train of thoughts.

“Weh, serius lah kau makan banyak ni? Kalah aku yang lelaki ni.”

“Aini, mana makanan awak?”

“Banyak gila kau makan. Kau bela saka ke?”

“Weh, mana makanan kau? Aku baru toleh sana kejap.”

“Banyaknya ambil nasi….”

“Tangki besar kau ni”

I faham je, some yang said those comments memang out of disbelief, in awe pun ya tapi tekak kita and perut kita tak sama dengan orang lain. And bila kita nak make comments pun, ada few things kena consider, rapat ke tak kita dengan orang tu, orang tu cane and so on. Okie?

 

No comments:

Post a Comment