Oh hi again!
Ingatkan malam ni nak
publish satu post je, end up I on balik laptop, tulis lagi. Bukan selalu mood
nak menulis ni datang hehe. So out of disappointment, I nak tulis pasal roti
canai sedap harini.
I tahu disappointment
and sedap do not belong to each other, I disappointed sebab Bila dorang balik,
dorang tapaukan banyaak roti canai tapi roti bom I langsung tak dapat dikesan. Bayangkan
the disappointment tu! I tak ikut my
family pergi tadi lepas isyak, I mintak dorang bungkuskan roti bom je dua.
Dua tiga kali jugak
lah I belek semua roti canai tu, sebab roti bom senang nak cam, saiz dia lagi
kecil dari roti-roti lain and bau dia fragrant sebab ada planta and ada gula. So
rasa manis berlemak and wangi dia tu. Lagi-lagi kalau makan panas-panas! Urghh
sedapnya roti bom!!
Nama kedai dia Kedai
Apih Roti Canai & Murtabak. Kalau dari Kuala Terengganu ke Setiu, memang
lalu kedai dia. Kalau u google nama kedai dia, nanti jumpa. Specialnya roti dia
sebab lembut and boleh rasa lain daripada roti canai lain. Makan panas-panas
lagi lah rasa sedap dia. Pasal roti dia, bukan I je cakap, memang my whole
family noticed benda ni and bila ayah I pun cakap benda sama, so memang betul. Sebab
ayah I memang picky bab makanan.
Kalau dipping dia, kari dia in my opinion, rasa masam tu quite dominant. Mungkin boleh improve lagi. Sebab I rasa haritu and tadi makan, memang still sama. Kuah dalca dia okay lah. Tak tahu cane nak cakap sebab memang tak minat kuah dalca sebab I rasa macam pelik kalau dipping tu manis. Tapi i nampak kat TikTok ke kat Twitter haritu, dorang cakap kalau campur kuah dalca and kuah kari sekali, lagi sedap. I tak pernah cuba lagi, so tak tahu. Maybe nanti boleh cuba.
Kedai dia I perasan,
orang boleh tahan ramai, tapi takde lah sampai takde tempat duduk. Tapi satu
benda I perasan, masing-masing takeaway, fuhhh banyak do. Lebih daripada lima
sorang. I tak judge those people makan banyak ke apa, sebab I sendiri pun big
eater, tapi that actually shows something. Tadi balik, kakak I pun bagitahu I benda
sama. Banyak potensi ya kedai roti canai ni.
Tibahh panjang pulak
cerita, ni tak campur nak cerita pasal kes I makan roti canai kat gong badak
dulu.
Satu pagi tu, I dengan
dua orang kawan I pergi jogging kat pantai UMT, pastu lapar teruk, then
singgahlah kedai roti canai kat roundabout UniSZA. Haa gitu siap mention kat
mana kedai tu, nampak kan masih bitter. Yang nak cakap, apalah lepas jogging
makan roti canai. Haa tak kisahlah, masatu bukan setakat hungry, memang
starving. I sebut sekali lagi, I memang big eater. I jenis suka tangguh makan,
tapi sekali I makan, haa siap. Tak orang luar, family I pun selalu geleng
kepala dengan kuantiti makanan I. so kisahnya I order roti sardine and roti
telur. Then bila nak bayar, pak cik cashier tu dia pandang I atas bawah, then
cakap dengan nada disbelief yang nak tergelak,
“Makan tak padan
dengan tuan.”
Pulak tu I, memang
jenis lambat pick up and proses kalau orang cakap apa apa dekat I. Lagi-lagi
benda buruk. Dia nak cakap badan I tak besar, tapi makan banyak. Pastu dari
masuk kereta sampai lah malam tu ayat pak cik tu terngiang-ngiang dekat telinga
I. Then I rasa terhina dan rendah diri tau. And perasaan tu stayed with me for
some days.
I memang takkan jejak
dah situ, and roti sardine dia tak sedap pun.
One of the reasons I tak
suka makan dengan orang, sebab dorang tend to judge my portion of food. Benda ni
nampak simple ja, tapi entahlah, it gives me the taste of discomfort. And I tak
suka, lagi-lagi waktu makan ialah waktu I nak berfikir dengan tenang, layan my
train of thoughts.
“Weh, serius lah kau
makan banyak ni? Kalah aku yang lelaki ni.”
“Aini, mana makanan
awak?”
“Banyak gila kau
makan. Kau bela saka ke?”
“Weh, mana makanan
kau? Aku baru toleh sana kejap.”
“Banyaknya ambil nasi….”
“Tangki besar kau ni”
I faham je, some yang
said those comments memang out of disbelief, in awe pun ya tapi tekak kita and
perut kita tak sama dengan orang lain. And bila kita nak make comments pun, ada
few things kena consider, rapat ke tak kita dengan orang tu, orang tu cane and
so on. Okie?
No comments:
Post a Comment