Friday, February 24, 2023

Mak II

Aku ada menulis perihal mak tiga tahun lepas dan ada sedikit penambahan yang dibuat, tapi tak pula aku tambah pada tulisan asal. Dan aku fikir, tak salah kalau ditulis di sini, sebahagiannya, sebab kalau difikir balik apa yang aku nak dalam setiap penulisan kerdil aku, untuk aku tebarkan mereka, merata, simbolik dengan cebisan-cebisan kecil diri yang ditinggalkan pada setiap tempat, mereka, yang pernah menjadi persinggahan, dalam masa lalu. 


.

Aku masuk bilik mak, tersenyum-senyum, dada berombak dengan harapan, penuh dengan keterujaan. Aku tanya boleh tak malam tu aku nak tidur dengan dia. Ditolaknya kemahuan aku mentah-mentah, dengan jawapan, kau dah terlalu besar.


Aku menapak balik ke bilik sendiri, dada terasa sempit, dihempap rasa kecewa yang besar dan berat. Mata dah berair. Masatu aku sekolah rendah lagi.


Sambil aku baring diselimuti kesedihan, tiba-tiba terdengar suara mak panggil aku ke bilik. Aku menapak perlahan, bertanya kenapa. Mak tukar fikiran. Mak cakap, haa marilah kalau nak tidur sini pun. 


Aku baring dan peluk mak dari belakang. Seronoknya cuma Tuhan yang faham. Aku benam muka pada belakang mak, dan aku hirup bau mak sedalamnya, memenuhi lautan rasa. Sekejap je lepastu aku dah lena. Siap dengan senyuman yang panjang. 


Mak tak sempurna tapi mak selalu mencuba, dan itu sudah cukup untuk membuatkan mak sempurna. Sebab mak pun manusia, macam kita. Untuk menuntut kesempurnaan hanya kerana dia mak, aku kira adalah tidak wajar. 


Mak sempurna dalam caranya. 



Thursday, February 23, 2023

Luka

Tadi masa aku tengah basuh kaki dalam bilik air, aku jadi terfikir pasal luka emosi. 


Contoh kalau kita terluka pada fizikal kita, kita cepat-cepat rawat, cari ubat dan sapu. Sebab benda tu kita nampak pada mata kasar, dan untuk buat pura-pura tak nampak, rasa macam janggal pada pemikiran sendiri, apa lagi pada orang lain yang melihat. Betul?


Tapi luka emosi, ramai yang suka tepis, pendam dan berfikiran, ia akan pergi selaras dengan berlalunya masa. Rasa lebih senang tak dipedulikan sebab tak nampak. Tapi tak. 


Emotions, even when left unattended, cannot endure ambiguity for long. Emotions naturally give themselves a name, put things in order, and quickly withdraw. (Yukio Mishima, Kyoko's House)


Apa yang kita lalui, apa yang kita hadap, walaupun semua benda tu dah jadi berdekad yang lalu, kita ingat. Kadang, masih terasa segar lukanya. Ini yang buat luka emosi itu intricate. Sebab kita tak nampak, senang untuk kita terlupa, pada tengah-tengah kesibukan. Bila dah luka yang sama seolah dikoyak-koyak oleh pelaku yang berbeza, ditambah lagi dengan luka pada tempat yang lain, dan ditambah lagi, itu yang jadi sesak, teresak dalam nafas sendiri. Masatu nak cari punca pun dah rasa terlalu mustahil. 


Yahya bin Mu'adh Al-Raziyy berkata, "Sesiapa yang mengenali dirinya sendiri, maka dia telah mengenali Tuhannya."


Dan bila fikir balik, kalau tak, masakan Tuhan menekankan pentingnya menimbang perkataan sendiri sebelum berkata? Sebab kita takkan pernah tahu sedalam mana perkataan kita akan memberi kesan pada orang lain. Bila terkena pada diri, baru jadi terfikir, boleh tahan sakitnya. Dan kita akan lebih mudah terkesan dengan perkataan-perkataan yang datang daripada mereka yang kita sayang. 


Dan betul, love is a risk sebab loving someone will make you so much more vulnerable.


"A person may unwittingly utter a single statement that angers Allah, causing him to plummet into the Hellfire a seventy year's distance because of it." (Sahih Bukhari)


Saturday, February 18, 2023

Kebaikan yang Dipersoal

Pernah tak terfikir kenapa membuat kebaikan pada orang luar, orang yang kita tak kenal, kadangnya terasa lebih mudah daripada berbuat baik pada mereka yang kita kenal?


Is it because there's no expectations, and it feels easier because there's no string attached? You do it once and that's it. 


Siapa sangka makin dewasa, membuat kebaikan menjadi satu hal yang kau perlu fikir banyak kali. Lagi-lagi apabila mereka seolah expecting your kindness terhadap mereka, seolah-olah dorang rasa entitled terhadapnya. Even worse, sudah tidak ada terima kasih, malah now your kindness is being demanded. 


Dan hal ini meletakkan beban yang tak nampak tapi terasa pada bahu. 


Betul, kita semua layak menerima kebaikan. Tapi untuk mempunyai certain mindset berkenaan kebaikan, rasanya kena tengok balik. Dengan berfikiran sedemikian, adakah ia baik? 


Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang memudahkan jalan kebaikan orang lain dan semoga kita sentiasa direzekikan untuk bersama mereka yang memudahkan jalan kita dalam membuat kebaikan. 

Sunday, February 12, 2023

Kepolosan dalam Beragama


Just food for thought.


Tadi lalu dekat feed social media aku pasal sorang budak (semoga Allah merahmati dia) yang baru lepas diselamatkan dari bawah runtuhan, yang nampak dalam penuh kesakitan tapi penuh juga kerisauan, tapi jelasnya bukan tentang sakit pada fizikalnya, tapi risaunya dia pada solat-solat yang tertinggal sepanjang dia dekat bawah runtuhan. 


"Dah berapa hari aku tak solat. Dah berapa hari aku tak solat."


Dan aku terfikir, tingginya kebergantungan dia pada Tuhan, walaupun dalam keadaan yang sedemikian, seolah sakit dan luka pada badan yang remuk, bukanlah keutamaan. 


Mungkin benda yang aku nak cakap ni tak berkaitan sangat tapi apa yang aku tengok tadi, menggemburkan balik apa yang pernah aku fikir dulu tentang; kepolosan dalam beragama.


Masa kecil dulu, bila kita baru belajar banyak soal ilmu agama, belajar solat, mula hafal surah-surah pendek, belajar tentang luasnya nikmat syurga, dalamnya azab neraka, dan setiap kali itulah, semangat kita berkobar-kobar untuk beramal sebaiknya, semampunya. Dan terasa mudahnya untuk buat kebaikan. Dan Tuhan ketika itu terasa sungguh amat dekat, dan dada sarat dengan pengharapan terhadap syurga dan ganjaran Tuhan. Yang sepertinya, tiada yang boleh menjadi penghalang untuk kita terus kejar rahmat Tuhan. 


Dan sekarang, bila dah besar panjang, the growth of distraction bertumbuh selaras dengan meningkatnya umur. Terasa makin banyak halangan, dan jalannya pula terasa makin panjang. Dan bila ditoleh balik ke belakang, besar sungguh nikmat kepolosan dalam beragama. 

.


When we were kids, reading Quran was just like a routine, but growing older, and when the more kind of distractions blooming, at one point, we realised, we do need the Quran, making time for it, whatever it takes, to keep ourselves centred.

.


Kita akan diuji dengan apa yang kita suka dan apa yang keluar daripada mulut kita. 

Motherly

I saw how Tokde looked at Abang Ipin and it just broke me. The motherly look yang mixed with emotions yang aku selalu nampak, dari setiap pe...