Thursday, November 12, 2020

Risale-i Nur

Risale-I Nur

Lepas terdelete semua buku dalam app Book, sedih makan masa jugak walaupun memang salah sendiri. Kemudian baru la slow slow download balik buku-buku mana yang berkenan dan transfer Risale-I Nur and few interesting journals dalam google drive ke app Book. Hehe baru rasa alive balik. Tapi buku yang terdelete yang belum baca tu memang dah tak download balik sebab tak ingat dah buku apa. 

Risale-I Nur.

First time dengar dan tahu kewujudan Risale-I Nur bila baca buku arwah Ahmad Ammar in 2014. Antara benda yang seronok bila kau tahu satu-satu buku melalui buku-buku lain.

Masatu tengah beratur tunggu kelas lain keluar dari bilik (lupa dah nama apa, yang bersebelahan tangga banin). Nampak satu buku ni kat beranda koridor. Pastu nampak budak budak laki kelas tukar-tukar tangan buku tu, tengok sekejap sekejap. Dorang pun perlahan-lahan masuk kelas then aku cepat cepat la pergi dekat buku tu. Aku belek perlahan, kemudian perasan ada nama perempuan pada awal helaian. Rasa macam kenal, rasanya budak tingkatan bawah dorm sebelah.

Minggu tu minggu balik, terus niat nak ajak mama pergi kedai buku cari buku Ahmad Ammar. Petang khamis tu singgah SMO Kuala Berang dan thank God, ada! Cuma tak banyak dah. Nasib sempat! Seronok tak payah cakap lah. 

Bila dah habis baca buku tu, panjang aku termenung berfikir. His parents really did a great job, raising him into such a fine man. Kemudian ada la simpan niat nanti nak download Risale-I Nur sebab nak tahu isi dia sebab arwah Ammar siap hafal dan ajar balik pada junior-junior dia kat Turki. It is believed he was on his way pada kawan-kawan dia untuk ajar Risale-I Nur but unfortunately he couldn't make it.

Few years later, Kekra kahwin dengan Abang Ijam. And later I found out Abang Ijam dulu sekolah RMC! Arwah Ahmad Ammar pun dulu sekolah RMC! Abang Ijam bagitahu, haah, arwah senior dia dulu. Dia tanya balik macam mana kenal, aku jawab lah buku. Lepastu Abang Ijam selalu share cerita dia masa sekolah dulu. Ahmad Ammar dulu senior dia. Memang baik dengan junior-junior. His description of Ahmad Ammar is exactly like what I read in the book. 

I started to read Risale-I Nur in 2016 kalau tak silap. Tapi tak lah secara disiplin pun, macam sikit sikit sebelum tidur, lepas boring study, bila rasa nak macam something deep and heavy. Sebab baca Risale-I Nur ni bukan macam baca those boring fictional books, asal tangkap main points, jalan cerita and asal habis, sudah. Risale-I Nur ni aku baca in English translation, bahasa dia agak tinggi tapi itu bukan masalah. Masalahnya aku. Aku memang niat nak take my time baca sikit sikit sebab those writing precious do, kau tak nak treat dia sembarangan. And bila habis satu satu bahagian, memang akan buat aku termenung panjang. Kadang repeat baca the same perenggan over and over again. Sebab kadang rasa macam tak cukup hadam. 

Apa yang buat aku rasa dekat ialah, tiap kali baca, tiap kali tu lah rasa macam those words speak well to me, dengan my current situation. It resonates well with what I was/am facing. Kadang selalu rasa those words adalah kiriman Tuhan untuk aku tenangkan hati. Kadang sampai menangis tak boleh berhenti. Gigit bantal, tekan dada cuba kawal tangis sendiri. Biasa lah. Manusia mana je takde masalah cuma bergantung macam mana masing-masing deal dengan masalah sendiri. 
I rarely tell people what I really feel inside. Sebab in most cases, aku yang dengar luahan orang. They said I look wise (lol), they said I always seem to know the solutions, they said because I am attentive and so on. Selalu aku gelak je bila dorang cakap macam tu sebab aku pun tak tahu benda tu betul atau tak, aku cuma try my best to offer comfort. Aku jenis bottler sebab aku tak pandai sangat nak bercerita masalah aku, menulis macam ni boleh la, tapi kalau bercerita in terms of approaching people and tell them your exact problems tu, aku tak pasti. Aku takde sangat keyakinan untuk tu. So aku selalu resort to bottle them up, much easier to me. Selalu bila rasa dah tak tertahan, aku cari distractions. Biasa aku distract diri dari masalah dengan buku lah. Kadang, makin berat rasa tertahan, makin heavy reading materials aku. 

Okay tu je untuk malam ni. Aku niat nak menulis balik tapi tak nak lah fikir sangat goals ke apa, I just wanna write those things yang selama ni tertangguh. Cerita-cerita yang aku rasa sayang kalau lupa, dan those deep feelings and thoughts yang aku tak nak hilang ditelan masa. Nanti kalau aku tercari, at least aku tahu mana nak pergi.

Motherly

I saw how Tokde looked at Abang Ipin and it just broke me. The motherly look yang mixed with emotions yang aku selalu nampak, dari setiap pe...