Tuesday, May 18, 2021

Entri Khas; Mak

Betul lah, manusia ni kelihatan sangat polos pada dua keadaan, ketika lena dan menyuap makan. 


Dan aku terfikir lagi, tenang yang macam ni ke yang mak kita selalu rasa, bila dorang tengok kita makan, walaupun dorang tak makan? Teringat satu puisi Aan Mansyur, yang tajuknya Rindu;

 

Bumi tidak butuh banyak bulan.

Bulan sendiri, pandai dan kekanak-kanakan. 

Dia bisa jadi pisang ambon, mangkuk pecah

ibumu, atau martabak utuh jika kau lapar. 

Dia akan menertawai kerakusanmu atau 

menjadi penuh ketika kau kosong.

 

“Kenapa mak senyum – senyum ni? Mak teringat apa?”


“Takde lah, mak seronok tengok kamu makan.”


“Mak tak makan?”


“Tak, mak dah kenyang, kamu makanlah.”

 

Dan kita tersenyum melihat mak tersenyum. Polos dan ikhlasnya kasih mak jelas nampak pada tenang senyumnya. Seronok bila mak teman makan. Dan bunyi kita menyuap makan yang kadang diselangi dengan pesan – pesan pendek mak; mengisi jeda antara setiap suapan.

 

 “Perlahan – lahanlah makan. Banyak lagi ni.”

“Hehe, sedaap mak!”

 

Melebar senyum mak.


Jeda – jeda pendek yang dikongsi dengan mak ketika waktu makan itu is one of the most comforting silence that one day will be missed, yang takkan dapat ditukar dengan apa – apa.

 

Bila dengan mak, tenangnya rasa lain.


Tenang yang sesetengah daripada kita rindukan. Tenang yang sebahagian daripada kita tak perasan. 


Mana mungkin ada mereka yang sayangkan kita seperti mana mak. Bila hilangnya kasih mak, ibarat hilanglah sebahagian besar daripada diri kita.

 

Kasih mak sampai syurga. Semoga syurga yang tertinggi untuk mak. Cuma syurga selayaknya untuk mak.

 

Pandangan redup mak seperti segara dalam; yang menyimpan seribu rasa yang mungkin kita takkan dapat pernah huraikan walaupun pada akhir cerita.

 

Mak, kita semua rindukan mak. 

Selamat hari raya mak.


Entri-2 [Kantin]

 Entri-2

Masa ni dah minggu kedua mengajar, so dah slow – slow nampak rentak lah. Mana nak kena improve, mana nak kena control sikit. I dah start gain balik my confidence, cakap kat diri sendiri,

“Kau boleh ni, kau anggap je macam kau buat presentation masa kat uni, tapi ni  hari – hari. Kau takyah cuak, sebab takde kawan – kawan sebaya ke, lecturer ke. Kau boleh handle ni. Cuba je semampu kau, yang penting sampai apa yang kau ajar.”

So haritu, I ada kelas form 3 lepas rehat. Target I, masa rehat nanti, I nak bertenang – tenang, so I buat revision before tu lah sementara ada masa sikit. Frankly, I was having fun doing the revision, sebab sebenarnya seronok bila kita dapat luang masa, and belajar balik benda yang kita belajar dulu masa kat sekolah. Masa yang betul – betul hanya untuk tu. And science is always fun to learn. Haritu nak masuk bab yang V equals to IR, so sebab ada masa lebih lepas revision, I pun pergi makmal and cuba cari litar, wire and bateri yang boleh pakai, set up terus, so nanti senang bawak pergi kelas. I fikir, kalau benda yang kita explain tu, then boleh tunjuk benda tu so that dorang nampak, it’s going to be easier for them to process the information. Then nanti boleh mintak dorang buat, tengok faham ke tak.

Then masuk waktu rehat. I pun, okay, nak bertenang sekejap. I dah balik bilik guru balik lepas pergi makmal. I pun bangun jalan pusing – pusing dekat tempat I. Masa tu baru rehat, then nampaklah students berpusu – pusu beratur beli makanan. Ada yang datang dengan kawan, berlari, jalan sambil gelak. Daripada berjalan setempat, I dah tegak berdiri, menghadap kantin. I pun jadi ralit sendiri, dan tak sedar I dah senyum sorang – sorang, seronok tengok gelagat dorang. Tiba – tiba ada rasa yang tertahan, entah, jadi sebak sendiri. Seronok nampak dorang menyuap makan, nampak polos sangat. Sedar – sedar mata I dah basah, menitik – nitik air mata, sampai basah tudung.

Kebanyakan daripada mereka I tak kenal pun, tapi rasa sayang tu, macam bertumpah – tumpah.

Perlahan – lahan I panjatkan doa pada Tuhan, ya Allah, rahmatilah mereka. Rahmatilah mereka. Lindungilah mereka.

Aku terfikir, betul lah, manusia ni kelihatan sangat polos pada dua keadaan, ketika lena dan menyuap makan.

Aaaa sudah, ni tanda dah jatuh sayang ke?

Entri-1 [Hari Pertama]

 Entri-1.

I remember saying this to myself on the first day of working as a substitute teacher at this one high school,

“Aini, let’s just do this for money. Remember, more money, more books. And please, do not get attached to anyone here.”

No, I’m not going to write the whole entries in English, whenever it suits.

So, long story short, aku ajar Science form 1 and form 3. Aku pegang 4 kelas, 2 kelas form 1, paling depan and paling hujung and 2 kelas form 3. Awal tu, bila dorang assigned kelas form 3, terfikir jugak, betul ke dorang nak bagi aku jaga kelas exam ni. Dah lah masa tu lagi 3 bulan setengah gitu nak PT3. Tapi aku macam, okay je lah, boleh kot, takkan nak cakap banyak pulak kan.

Aku dapat tempat yang agak tersorok dan sangatlah bersyukur so that tak payahlah rasa serba – salah kalau tak tahu nak sembang apa. Tempat duduk tu memang betul – betul membelakangi kantin, so kalau aku pusing kerusi, boleh nampaklah students makan kat meja tu.

Haritu hari Khamis. Kebetulan semua kelas ada. Serius cuak, tapi cakap kat diri sendiri, redah je lah Aini, nak layan cuak tu bukan bawak ke mana pun. Terus bawak buku teks form 3, phone and pencil case pergi kelas 3 Canggih. Aku cakap awal – awal, kalau bab introduction, aku memang jammed. Tak kisahlah in starting conversations ke, in writing.

So, masuk je kelas tu, dorang bangun bagi salam and baca doa, then duduk. Pastu semua terdiam sekejap. Aku dah macam, “apa the best way nak start eh? Weh, tak boleh, tak boleh, kau kena cepat Aini, kau in control ni”, sambil belek buku teks cari bab electricity. Sempatlah skimmed through dalam bilik guru tadi kejap before masuk kelas. Takde perkenalkan diri apa semua, terus ja aku cerita pasal kilat. Masatu, suara aku macam tenggelam timbul je kat telinga sendiri, aku rasa macam di awan – awangan pun ya. Yang pasti sejuk satu badan dah masatu. Aku cuba elak eye contact tapi entah macam mana terpandang this one male student yang ekspresi muka dia confused and nampak obviously, suspiciously judging. Agak tegang jugak lah muka dia, masatu aku dah rasa down sikit plus. Tapi memang tak nampak rentak lagi lah masatu.  

Expression macam tu tak pelik lah dah kalau kau masuk –masuk kelas terus bagitahu harini kita akan masuk tajuk electricity. Tak perkenalkan diri, apa pun tak. Undeniably a bad start, duh.

Dah habis tiga-tiga kelas, aku balik bilik guru, duduk diam kat meja sendiri sambil termenung, reflect teaching method aku. Ni kalau cikgu betul tengok first day aku, confirm geleng kepala.

Balik rumah, aku demam 2 hari. Demam terkejut lah kot.  

 

Forget The Ordinary: We A Got Better Niacinamide Serum from Geek & Gorgeous!

 I still remember when I was using Niacinamide serum from the Ordinary in few years back. I remember how it was always getting foamy whenever I tried to rub it in and balled up and left me feeling annoyed. Like, how you are going to work if you get balled up all the time? Not forget the discomfort my skin experienced every time I applied it on my skin. I’m not sure what makes me persevere, but it always stung my skin, thus the discomfort.

Since then, I refused to try any particular niacinamide serum, because the fear of experiencing the same thing. Is anyone here in the same boat with me?

So, what’s the best niacinamide serum we are going to talk about now?


✨ Geek & Gorgeous B-Bomb 10% Niacinamide Serum✨


Key ingredients: 10% Niacinamide to regulate oil production, strengthen skin barrier, improve the appearance of enlarged pores, helps with hyperpigmentation and helps with dullness. Zinc PCA has the anti-aging benefits, has anti-microbial properties, helps to control acne besides decreases the sebum production, on the other hand, Sarcosine is a synthetic amino acid derivative that also acts as oil-control agent and enhancing the penetration of other ingredients.


Texture: It has a clear, slightly tacky, light gel texture which is fast – absorbing

Best for: People with acne-prone skin, oily skin and anyone who loves adding niacinamide serum in their routine!


Experience: What I really like about this serum is the fact that it is very easy to be layered with other products without pilling, besides being very spreadable. I swear, it is such a turn-off if the products pill. Post – application does not leave my skin feels sticky or greasy, not at all! Yet providing a slight glow to my skin, helps me to cover my skin dullness, which is pretty much appreciated :) Usually, 3-4 drops of this serum is enough to cover all my face and neck and I usually use this after a toner. This serum feels great to be used together with Garden of Wisdom Alpha Arbutin serum.




After a few weeks of testing this serum, I could say, this serum feels very gentle on my sensitive and dehydrated combination skin. Even on the days where my skin barrier is compromised, this feels nice on my skin. It really helps in decreasing the oiliness of my skin, especially on my T-zone area. I noticed my skin becomes less angry and calmer after few weeks incorporating this serum into my routine, I get less acne than usual and not to forget, how it helps to brighten my overall skin complexion after weeks of usage.

I believe, the continuation of using this serum will show more impressive result, as for now, I only used half of the bottle. It is easy to see if you are happy having/using certain skincare products; you are using them faster than you think you are capable of.

Rate: 5/5  

You can get this serum at wortheecosmetics.com only at RM 75 for 30ml.  

 

Motherly

I saw how Tokde looked at Abang Ipin and it just broke me. The motherly look yang mixed with emotions yang aku selalu nampak, dari setiap pe...