Aku berdiri bersandar pada dinding, betul-betul menghadap pintu ruang kecemasan. Tangan aku penuh dengan barang, kasut Hurin yang tercabut masa naik stretcher, nasi bungkus yang mama beli untuk kami tiga beradik, beg pakaian Hurin dan barang-barang lain. Tadi aku ikut sekali masuk ruang kecemasan, tapi at the end, doktor yang ikut dari hospital sana bagitahu aku boleh tunggu kat luar.
Bila dalam ruang kecemasan tadi, aku fikir, boleh tahan mental dorang yang kerja bahagian ni, dengan tekanan, dengan ruang yang terhad, dengan orang beratur panjang dekat luar. Surprisingly, those ED doctors nampak sangat chill, yang tenangnya terasa janggal dalam situasi sekeliling. Aku fikir, nothing much can shake them anymore at this point.
Lama aku tunggu, akhirnya dorang keluar. Dorang mintak aku pergi daftar adik aku dekat kaunter sana. Sebelum aku lari arah, aku tertangkap yang doktor perempuan tadi audibly mumbling under her mask (breath) yang bukan salah dia, yang tadi dia kena marah dengan doktor dalam tu.
Masa nurse bagitahu aku arah ke kaunter daftar, aku tak cuak macam biasa dah, sebab around that time, aku dah makin yakin dengan my sense of direction, sebab kalau dulu, teruknya Tuhan je tahu. Masa sekolah menengah, it took me a week, untuk tak sesat dari kelas ke tandas. Dan pernah sesat jugak dalam hospital yang sama, lepas habis check-up nak pergi salin baju, tapi alih-alih aku pergi bukak bilik, yang dalam tu doktor and nurse ramai-ramai. Dahlah muka pertama yang aku nampak bila bukak pintu tu, speacialist lelaki yang check aku tadi. I tried so hard to remember the paths that I took, but it never came to me.
.
Ada lif, tapi aku decide naik tangga je lah, at least tak crowded. Tapi dah tengah-tengah panjat tangga tu, mengah tak terkata ya. Rasa macam nak give up. Bila dah sampai dekat katil Hurin, aku tercungap-cungap teruk. Aku perasan doktor dengan nurse tadi dah takde, cuma berganti dengan doktor lelaki, berdiri hujung katil Hurin. Aku nak duduk tapi segan sebab dia berdiri. Tapi aku duduk jugak sebab nak bertenang, gather myself balik.
Dia tanya soalan. Banyak soalan, and he kept writing non-stop on the board he’s holding. I guess, he was doing history-taking.
‘So, dia anak yang ke-berapa ya?’
‘Lapan.’
Bila aku jawab lapan tu, dia nampak terkejut gila. Aku fikir, oh, mungkin sebab dia terkejut adik-beradik aku ramai. Aku biasalah, memang jenis loading sikit. Tapi sebab dia nampak lain sangat dengan jawapan aku, I just couldn’t help myself.
‘Doctor, do I look that old?’
Nada aku tak mengusik, tapi sedikit kesal. Tapi bukan salah dia lah kot, sebab aku pun memang selalu berpakaian ala kadar je, asal selesa. Bila aku tanya tu, aku baru perasan, cantik betul mata dia.
He gave me a questioning look.
‘Saya kakak dia. Bukan mak dia.’
‘OhhhhHhhhHhhHhhh kakak dia. Sorry, sorry’
Kemudian dia boleh pulak berating himself under his breath depan aku. Aku syak dia doktor baru sebab I don’t think an experienced doctor will let himself get caught that much. Terhibur betul aku. Aku kesian sebenarnya tengok dia berdiri, sebab nampak lah penat tu, aku nak offer kerusi aku, tapi takut tak proper pulak.
Japgi kawan dia datang, dia boleh pulak pergi mengadu apa yang jadi tadi within my earshots. Pastu the female doctor balas balik dekat dia, padan muka. Dah aku nak gelak balik.
.
Masatu hari Jumaat. Aku ingat yang kalau jinjit kaki tengok ke luar tingkap, aku boleh nampak stadium. Aku fikir, nanti malam aku nak tengok betul-betul. Aku perasan yang katil sebelah aku was the only young father dalam kubikel tu. At times, I couldn’t help but to stare at the way he held his baby, the way he soothed her, and how he always put his baby on his chest and sent her to sleep. Bila kau tengok tu, kau boleh nampak how experienced he was, takde kekok sikit pun. Aku memang tabik lebih dekat lelaki yang well-versed how to handle young kids sebab bukan senang nak jumpa.
Bila duduk dalam hospital, dan kau tengok sekeliling, kau seakan rasa tertampar yang kalau kau rasa keadaan kau dah teruk, orang lain jauh lagi teruk diuji. Dan in that moment kau sedar, Tuhan uji sesuai dengan kemampuan kita yang berbeza. Dan dalam setiap keadaan, ada benda yang Tuhan nak kita faham.
Najiah datang singgah kejap in between her rounds. Aku tanya dia nak tak nasi, sebab mama belikan untuk dia sekali. Dia ambil nasi, dan pergi, sebab dia pun bukan boleh lama-lama.
.
Dah maghrib, Hurin pun selamat mandi apa semua. Aku duduk sembang-sembang kosong dengan dia. Then the father katil sebelah mintak tolong aku tengokkan anak dia, F. Aku pun macam okay, takde hal. Sebab tadi siang pun dah tolong tengokkan dia jugak. Tapi kebetulan aku tengah betulkan wayar Hurin, akak depan katil aku dah terjerit kecil, F! Dia pun tak boleh nak bangun ke apa sebab tengah susukan anak dia. Aku pusing, terus berlari pergi katil dia. Sikit lagi dia nak jatuh, melalui bawah palang katil. Aku tak tahu bila dia gerak, sebab baru je tadi tengok elok lagi. Aku keluarkan dia perlahan dari bawah palang, then terus dukung, peluk dia kejap. Nak luruh jantung aku masatu, Tuhan je tahu. Sambil aku dodoi dia, sambil zikir dekat telinga, aku sebenarnya cuba tenangkan diri jugak. Mata aku dah berair sikit. Bercampur baur semua rasa, rasa bersalah, rasa sayang, semualah. In between that, I kept apologising to her. Aku tak berani lagi nak letak dia, walaupun tudung aku dah basah dengan her drool. Entah bila dia terlena pun aku tak perasan. Comel je.
Then ayah dia datang, aku letak F perlahan balik atas katil. Kejap je lepastu, kakak aku datang, then nurse bagitahu aku dah boleh pindah katil luar, kat belakang, hujung wad. Kakak aku tolong bawak barang, then bila aku nak pergi tu, the father asked, dah nak pergi ke? Aku pun jawab ha’ah dengan muka bersalah sebab dia nampak berat hati, sebab nanti takde orang nak tengokkan Fathi.
.
Angin malam tu sejuk betul. Dahla katil kitaorang betul-betul tepi tingkap. Najiah bawak satu plastik makanan, ada roti dan air manis. Dia dah habis shift haritu. Hurin nampak dah hyper balik, dah sihat sikit lahtu. Najiah duduk dekat hujung katil, aku duduk dekat kerusi tepi. Dia tanya aku tahu tak siapa the father yang sebelah katil aku tadi. Aku jawablah tak, tapi aku memang puji lah how well he handled his daughter. Rupanya dia doktor dekat hospital yang sama, aku pun macam, oh, no wonder dia tenang gila, and elok betul jaga anak dia.
Bila Najiah duduk dekat hujung katil macam tu, aku rasa nostalgic, sebab dulu masa sekolah menengah, dia sukalah datang tiba-tiba dorm aku, tak diundang, kemudian terkam katil aku. Selalu dia datang tak buat apa, duduk, baring, then annoy aku tanpa sebab. Then datang doktor check nota Hurin dekat meja, aku pun terus berdiri. Lepastu aku cakap, Najiah, doktor datang tu. Then dia toleh belakang, then dia cakap, kau relaks jelah, member iah je tu. Lepastu boleh pulak dorang sembang kejap.
Kemudian aku teringat yang, dah lebih 24 jam aku tak tidur. Lepas Najiah dah balik, and semua dalam wad dah tidur, aku sambung baca One Day.
No comments:
Post a Comment